Thursday, April 17, 2014

Majlis Penutup Kursus Sulaman Manik Kreatif 2013/2014 Empower Simpang Pelangai, Bentong Pahang (5 April 2014)

Alhamdulillah... setelah tamat selesai sesi pembelajaran kursus sulaman manik anjuran Empower - Program Pembangunan Modal Insan, saya berasa amat berbangga dengan hasil pencapaian para peserta dibawah didikan saya selaku tenaga pengajar untuk kursus ini.

Tahap kemahiran amat memberangsangkan dan kini mereka telah memulakan aktiviti mengambil tempahan sulaman manik secara kecil-kecilan. Dengan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah moga mereka akan terus berkarya - belajar - majukan diri demi masa hadapan.

Pada 5 April 2014, sesi kelas terakhir kami telah mengadakan majlis ringkas bagi memperingati saat memori kenangan bersama para peserta Empower Simpang Pelangai. Antara aktivit-aktiviti yang dijalankan kami telah mengadakan Pertandingan Sulaman Kreatif hasil para peserta. Turut dijemput bagi memeriahkan majlis iaitu Ketua Kampung Simpang Pelangai Encik Yusof, Pegawai Empower HQ Kuala Lumpur Encik Sivabalarn Selvaraj & 2 tetamu juri jemputan Puan Fazidah Hanim selaku guru tabika & Puan Rosmah Othman selaku Ketua Wanita Cawangan Kampung Shafie.







Wednesday, April 9, 2014

Coretan Indah Sepanjang Kursus Sulaman Manik Kreatif @ Empower Simpang Pelangai, Bentong

Tanggal 21 September 2013, bermulalah kisah pertama saya memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar untuk Empower1Malaysia ECER di daerah Simpang Pelangai, Bentong Pahang. Saya mengajar selama 6 bulan bermula kelas pada setiap hari Sabtu, waktu 9.00 pagi sehingga tamat 12.00 tengah hari (3 jam). Dalam 24 minggu (6 bulan) pelbagai modul yang saya telah sediakan bermula pada pengenalan asas jahitan sulaman manik sehingga ke modul terkini iaitu shimmering flora, bracelet, crumble & sulaman 3D.

Setiap penghujung modul subjek, saya akan mengadakan pertandingan untuk menilai tahap kretiviti pada setiap peserta, pertandingan sebegini kita dapat melihat tahap ideal yang para peserta perolehi sepanjang mengikuti kelas anjuran Empower ini dalam bidang sulaman manik kreatif.

Peserta terbaik dalam rekaan sulaman bunga labuci


Rekaan paling kreatif sulaman lace



Sulaman manik pada tudung bawal crown


Pertandingan sulaman manik pada busana

Sepanjang pembabitan saya bersama Empower1Malaysia di Simpang Pelangai, saya amat berbangga atas usaha & kesungguhan para peserta Empower Sulaman Manik Kreatif ini dalam membangunkan taraf ekonomi tempatan. Saya berharap mereka terus berkarya & menjadi usahawan yang berjaya di masa akan datang. Terima Kasih Empower... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...