Menerima Tempahan Sulaman Manik Pada Busana Dan Menganjurkan Kelas/Kursus Sulaman Manik Oleh LiaZabri Creations 002250006-V
Wednesday, February 15, 2012
Bunga Lalang Kesuma
Kain chiffon crepe bertona peach & hijau pucuk pisang diserikan dengan manik asas iaitu patern bunga lalang, cantik menjalar dengan gaya rekaan saya tersendiri supaya tidak kelihatan agak biasa tapi LUAR BIASA... gabungan ton oren pada bunga sequin menaikkan lagi keindahan busana ini.
Wednesday, February 1, 2012
Sulaman Lace Crumble
Tempahan lace crumble ini sangat popular & menjadi design sulaman manik pilihan ramai, nak tahu kenapa?? sebab ianya antara sulaman crumble yang sesuai dengan mana-mana jenis material busana dari kain jenis cotton sehingga sehalus chiffon. Walaupun ia kelihatan sarat namun ia tidak berat atau merosakkan kain. Ramai dikalangan customer saya menghantar busana jenis kain yang nipis seperti crepe, satin silk & chiffon, dengan langkah yang mudah inilah design saya syorkan.
Lovely Lace of Ocean Blue
Busana plain ocean blue cantik dengan jahit tampalan patch lace di bahagian lengan & hujung kaki baju.
Subscribe to:
Posts (Atom)