Thursday, August 13, 2015

Tutorial FREE Key-Chain Tinkerbell step by step

Assalamualaikum... dengan berbesar hati LiaZabri Creations memaparkan teknik membuat penghasilan kraf keychain Tinkerbell langkah demi langkah dengan mudah.

Antara bahan-bahan yang digunakan:
* tali tangsi
* pearls 8mm (...boleh guna pelbagai warna)
* playar muncung tirus
* loceng
* keychain ring
* jump ring



sila ikuti langkah-langkah berikut

 sediakan panjang tali tangsi berukuran 40cm, masukkan 3 biji pearl bersaiz 8mm. Pastikan pearl kedua atau ditengah-tengah berwarna lain

 Masukkan 1 biji pearl sama warna dengan yang tengah-tengah tadi secara bersilang kedua-dua hujung tali tangsi. Kemudian rapatkan susunan pearl itu tadi

 Masukkan 1 biji pearl di setiap kiri dan kanan seperti pada gambar dan silangkan 1 biji pearl dengan warna sama yang tengah-tengah tadi, kemudian tarik tali tangsi supaya ia rapat
 
Ulangi langkah tadi sehingga anda akan mendapat 4 biji pearl di tengah dan 4 biji pearl untuk di kiri serta kanan, kesemua berjumlah 12 biji pearl sahaja

 Begini keadaan setelah 12 biji pearl telah dikemaskan, ia akan lengkung membulat seperti bola 

 Susup tali tangsi pada pearl yang tengah-tengah (purple) ke arah kiri dan kemudian susup satu lagi ke arah kanan pearl (purple) tadi untuk mencantumkan 

Tarik tali tangsi supaya pearl itu tadi kemas dan rapat

 Susup tali tangsi kanan ke pearl (pink) hadapan dan ulangi langkah untuk tali tangsi kiri pula. Ulangi langkah untuk ke hadapan sekali lagi supaya ia kukuh

 Susup tali tangsi kanan ke arah pearl tengah (purple) supaya ia bertemu dengan tali tangsi kiri

Buat simpulan sebanyak 2 kali dan tarik kuat-kuat dengan menggunakan playar di kedua-dua arah tali tangsi

Potong lebihan tali tangsi kemudian pasang jump ring cakuk pada tali tangsi berkenaan. Pada jump ring tadi pasang bersama key chain ring dengan loceng

Rapatkan pembuka jump ring itu tadi dengan menggunakan playar. Maka selesai sudah cara untuk menghasilkan key chain Tinkerbell


** Anda boleh pelbagaikan lapisan warna pearl ikut kreativiti masing-masing, selain pearl 8mm anda boleh juga menggunakan pearl saiz 10mm

** Sangat comel dan kanak-kanak pasti sukakannya apabila digantung pada beg, ia juga boleh dijadikan sebagai cenderahati

~ Selamat Mencuba ~














Tuesday, June 3, 2014

Tutorial Key-Chain Tinkerbell

Ramai yang berminat dengan Key-Chain Tinkerbell yang LiaZabri Creations hasilkan, ada yang bertanya "...taknak buat tutorial ke?" OK ok...inshaAllah dengan ini terhasilnya tutorial yang mudah difahami, gambar berwarna dengan langkah demi langkah.... akan update tidak lama lagi


http://liazabri.blogspot.com/2015/08/tutorial-free-key-chain-tinkerbell-step.html



Thursday, May 15, 2014

Key Chain Tinkerbell

Pada tahun 2014 ni, LiaZabri Creations telah mereka-cipta suatu produk baru yang berasaskan dari pearls/mutiara. Pearls/mutiara ini selain digunakan dekorasi pada busana ia juga boleh dijadikan produk kraftangan maka dengan ini terhasillah Key Chain Tinkerbell sebab bunyi loceng seperti tinkerbell.

Sebahagian cenderahati untuk Hari Guru 16 Mei 2014



Pembuatannya yang sangat comel tentu memikat sesiapa sahaja terutama kanak-kanak, kombinasi warna pearls yang berwarna-warni disertakan bersama loceng sebagai aksesori.

Thursday, April 17, 2014

Majlis Penutup Kursus Sulaman Manik Kreatif 2013/2014 Empower Simpang Pelangai, Bentong Pahang (5 April 2014)

Alhamdulillah... setelah tamat selesai sesi pembelajaran kursus sulaman manik anjuran Empower - Program Pembangunan Modal Insan, saya berasa amat berbangga dengan hasil pencapaian para peserta dibawah didikan saya selaku tenaga pengajar untuk kursus ini.

Tahap kemahiran amat memberangsangkan dan kini mereka telah memulakan aktiviti mengambil tempahan sulaman manik secara kecil-kecilan. Dengan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah moga mereka akan terus berkarya - belajar - majukan diri demi masa hadapan.

Pada 5 April 2014, sesi kelas terakhir kami telah mengadakan majlis ringkas bagi memperingati saat memori kenangan bersama para peserta Empower Simpang Pelangai. Antara aktivit-aktiviti yang dijalankan kami telah mengadakan Pertandingan Sulaman Kreatif hasil para peserta. Turut dijemput bagi memeriahkan majlis iaitu Ketua Kampung Simpang Pelangai Encik Yusof, Pegawai Empower HQ Kuala Lumpur Encik Sivabalarn Selvaraj & 2 tetamu juri jemputan Puan Fazidah Hanim selaku guru tabika & Puan Rosmah Othman selaku Ketua Wanita Cawangan Kampung Shafie.







Wednesday, April 9, 2014

Coretan Indah Sepanjang Kursus Sulaman Manik Kreatif @ Empower Simpang Pelangai, Bentong

Tanggal 21 September 2013, bermulalah kisah pertama saya memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar untuk Empower1Malaysia ECER di daerah Simpang Pelangai, Bentong Pahang. Saya mengajar selama 6 bulan bermula kelas pada setiap hari Sabtu, waktu 9.00 pagi sehingga tamat 12.00 tengah hari (3 jam). Dalam 24 minggu (6 bulan) pelbagai modul yang saya telah sediakan bermula pada pengenalan asas jahitan sulaman manik sehingga ke modul terkini iaitu shimmering flora, bracelet, crumble & sulaman 3D.

Setiap penghujung modul subjek, saya akan mengadakan pertandingan untuk menilai tahap kretiviti pada setiap peserta, pertandingan sebegini kita dapat melihat tahap ideal yang para peserta perolehi sepanjang mengikuti kelas anjuran Empower ini dalam bidang sulaman manik kreatif.

Peserta terbaik dalam rekaan sulaman bunga labuci


Rekaan paling kreatif sulaman lace



Sulaman manik pada tudung bawal crown


Pertandingan sulaman manik pada busana

Sepanjang pembabitan saya bersama Empower1Malaysia di Simpang Pelangai, saya amat berbangga atas usaha & kesungguhan para peserta Empower Sulaman Manik Kreatif ini dalam membangunkan taraf ekonomi tempatan. Saya berharap mereka terus berkarya & menjadi usahawan yang berjaya di masa akan datang. Terima Kasih Empower... 

Thursday, December 12, 2013

Bunga 3D Azalea / Bunga Netting

Berkurun lama saya tidak menyulam manik 3D, sejenak tiba teringat hendak membuat brooch/kerongsang dari sulaman 3D. Mula-mula ambil mood asah skill yang sudah lama tertumpul maka terhasilnya aksesori dwicara brooch/sepit rambut dari Bunga 3D Azalea/Bunga Netting.

Anda berminat boleh membuat tempahan & boleh pilih warna kegemaran, saiz brooch ini adalah 2 inci. Untuk tempahan boleh hubungi Lia di talian 012-3706659. Cod tempahan yang berdekatan adalah di sekitar Beranang, Rinching, Semenyih & Kajang (Selangor).



Tuesday, December 3, 2013

Kursus Sulaman Manik Kreatif @ Simpang Pelangai Bentong

Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah membuka pintu rezeki baru buat ku untuk terus maju dalam dunia seni manik. Saya telah menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar untuk program Empower1Malaysia dengan usaha sama Persatuan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) & Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Dengan ini, saya telah dilantik untuk mengendalikan kursus Sulaman Manik Kreatif 2013 di Simpang Pelangai, Bentong Pahang. Kursus ini dijalankan pada 1 minggu sekali selama 6 bulan, kelas bermula dari teknik/modul sulaman asas sehingga modul sulaman 3D/lanjutan.

Kelebihan para peserta menyertai kursus anjuran program Empower ini akan mendapat bimbingan khusus untuk terus maju dalam sektor perniagaan setelah tamat kursus. Di sini saya hendak paparkan beberapa aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan di Empower Simpang Pelangai dalam kelas sulaman manik









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...